ANSARA TREXMRSM Transkrian

Tentang kami

Satu maktab, satu keluarga

Tidak kira di mana kita berada hari ini, kisah kita bermula di tempat yang sama: MRSM Transkrian. ANSARA TREX menyatukan semula kita sebagai alumni, sebagai kawan lama, sebagai satu keluarga. Jika anda pernah bergelar warga MRSM Transkrian, anda sudah pun sebahagian daripada TREX.

ANSARA Transkrian (TREX) ialah cawangan berdaftar di bawah ANSARA Malaysia, Persatuan Bekas Pelajar MRSM Malaysia.

Apa yang kami lakukan

Ukhuwah

Majlis pertemuan semula, Iftar Perdana dan perjumpaan batch yang mengekalkan ikatan sejak di maktab.

Sukan

Karnival Sukan ANSARA, futsal antara batch, pickleball dan liga fantasi TREX.

Maktab

Ceramah kerjaya, Sireh Pulang ke Gagang, dana keceriaan asrama dan baik pulih surau.

Kebajikan

Kempen derma darah ANSARA dan sokongan kepada keluarga TREX yang memerlukan.

Perjalanan kami

Sejarah ringkas

  1. 2002MRSM Transkrian dibuka pada 1 April sebagai MRSM ke‑34 dan yang kedua di Pulau Pinang.
  2. 2003Batch perintis Tingkatan 4, TX03, menduduki SPM. Batch perintis Tingkatan 1 ialah TX06.
  3. 2012Mesyuarat Agung pertama ANSARA Transkrian diadakan pada 5 Mei, manakala Majlis Iftar pertama diadakan pada bulan Julai.
  4. 2015AJK sesi 2015/2016 bertemu Cikgu Zulkifli, Kaunselor maktab, untuk membincangkan hala tuju. Iftar bersama anak-anak Rumah Raudhatul Al-Faeez, Bengkel Persediaan Kerjaya di maktab serta penyertaan pertama dalam kempen derma darah ANSARA.
  5. 2017ReTREX (Reunion of TREX) sempena 15 tahun maktab serta Kejohanan Futsal Interbatch edisi pertama.
  6. 2019Program Ceramah Kerjaya dan Temu Duga Simulasi bersama 30 fasilitator alumni, serta Iftar Perdana TREX.
  7. 2020Program Lend A Hand: ziarah asnaf di Kampung Jeram, Kuala Selangor.
  8. 2021ANSARA4ANSARA: bantuan kepada ahli ANSARA yang terjejas akibat pandemik di Perlis, Kedah dan Pulau Pinang. Liga Fantasi TREX bermula.
  9. 2023ReTREX: sambutan 20 tahun maktab bersama forum perkongsian, pameran kerjaya dan makan malam bersama guru. Sumbangan tiga komputer riba untuk Robotik dan AI.
  10. 2025Lebih daripada 17 pasukan TREX beraksi di Karnival Sukan ANSARA, manakala program Sireh Pulang ke Gagang disertai 250 pelajar.
  11. 2027Sambutan Jubli Perak: 25 tahun MRSM Transkrian.

Semangat maktab

"Better Than The Best"

MRSM Transkrian J.U.A.R.A

Barisan Pengetua

  1. En. Saleh bin Osman
  2. Tn. Haji Md Yusof
  3. Tn. Haji Samsudin bin Suip
  4. En. Jafni bin Ghazali
  5. En. Kamarudin bin Sagiman
Pertemuan AJK ANSARA Transkrian dengan Cikgu Zulkifli, 23 Mac 2015
Isnin, 23 Mac 2015 · Kuala Lumpur

Dari arkib

Pertemuan dengan Cikgu Zulkifli, 2015

AJK ANSARA Transkrian sesi 2015/2016, diterajui batch perintis TX03 dan TX06, bertemu Cikgu Zulkifli, Kaunselor MRSM Transkrian, di Kuala Lumpur untuk membincangkan cara ANSARA dapat membantu maktab dengan lebih berkesan.

Lihat AJK sesi 2015/2016
Ketua Cawangan
Muhammad Shafiq TX03
Timbalan Ketua Cawangan
Muhammad Ridhwan TX03
Setiausaha
Nadia Ashikin TX03
Penolong Setiausaha
Shazwan Kamaruzaman TX06
Bendahari
Khairi Asraf TX03
Penolong Bendahari
Nurul Azwa TX05
AJK Keahlian
Siti Aisyah TX09Nurul Syafiqah TX14
AJK Komunikasi
Narzeeha Khairron TX09Rais Rosli TX12
AJK Pemasaran & Tajaan
Mohd Nazrinifwat (Jeb) TX06Mohd Syafiqulislam TX06
AJK Aktiviti
Wan Akmal TX03Iffah Umaimah TX12
Pemeriksa Kira-kira
Nur Liyana TX03Nurul Hana TX09

Yang kemudiannya terus menerajui TREX

Muhammad Shafiq Hashim (Ketua Cawangan, sesi 2025–2027) · Nadia Ashikin (Setiausaha, sesi 2025–2027) · Wan Akmal (Juruaudit, sesi 2025–2027) · Mohd Syafiqulislam (Naib Ketua Cawangan (sejak Jun 2026)) · Mohd Nazrinifwat (Jeb) (Ketua Biro Komunikasi & Media) · Khairi Asraf (Pernah menerajui TREX sebagai Ketua Cawangan (2019))

Sumber: senarai AJK yang diumumkan pada 22 Mac 2015.

Kepimpinan

EXCO sesi 2025–2027

Ketua Cawangan
Shafiq Hashim (TX03)
Naib Ketua Cawangan
Mohd Syafiqulislam (TX06)
Setiausaha
Nadia Ashikin Mohd Azizi (TX03)
Bendahari
Nursyahira Shukor (TX15)
Juruaudit
Wan Akmal (TX03)Abdul Hadi Nasri (TX06)